Love is all around...

Thursday, February 23, 2006

Puisi...*Cuba renungkan*

Got this from a friend of mine..kinda cute!..

Puisi Suami yg minta izin Poligami***
Istriku, jika engkau bumi, akulah matahari.
Aku akan menyinari mu kerana engkau mengharapkan sinaran dari ku.
Ingatlah bahtera yg kita kayuh, begitu penuh riak gelombang. Aku pasti
akan tetap menyinari bumi, hingga kadang-kadang bumi terasa akan silauanku. Lantas aku ingat satu hal bahawa Tuhan mencipta bukan hanya bumi,malah ada planet lain yang juga mengharapkan sinaranku.
Lalu.. Relakanlah aku menyinari planet lain, menyampaikan faedah adanya aku,
kerana sudah takdir Illahi sinaranku diperlukan diplanet lain...

Balasan Puisi sang isteri***

Suamiku, andai kau memang mentari, sang surya yang memberi cahaya, aku merelakan
engkau berikan sinaranmu kepada segala planet yang telah TUHAN ciptakan
kerana mereka juga seperti aku perlukan cahaya mu dan akupun juga tidak akan merasa kekurangan dengan sinaran mu...
AKAN TETAPIIIIIIII.. Bila kau hanya sejengkal lilin yang berkekuatan 5 watt sahaja,
jangan lah bermimpi untuk menyinari planet lain!!!
Kerana bilik tidur kita yang kecil pun belum sanggup kau terangi.
Lihatlah diri mu pada cermin kaca di sudut kamar kita, di tengah remang-remang pancaran cahaya mu yang telah aku mengerti...
Cuba lihat siapa dirimu... MATAHARI atau lilin ?
please lah...!!!

She needs it..

I think I need to get Kinah a handphone..b4 she starts using my hp and send mms to all my contacts. U noe wat, I was busy carrying Haziq(new member in my family),wen suddenly I heard my bro's message alert tone..Minutes later.."Adik, asal ko antar mms gambar kinah kat aku?" Me knowing nothing.."Huh??Mana der.."and immediately I looked at Kinah who was still busy meddling wif my hp.."Abang, ko tengoklah anak aku, buat aper dengan hp aku..Dia yg antar sendiri gambar dia..habislah aku, melambung bill!" And the whole family laughed..I'm the only one geleng kepala..dunno whether to scold or to laugh my heart's out!

U see now, y i need to get a hp for lil kinah???Wat kind of hp u pple can recommend????3G phones???*sigh* Kids nowadays...

Tuesday, February 21, 2006

Me, the complain queen!

I think it's about time for me to fire my boss..meaning, tender my resignation letter and be my own boss..owning a business is always in my mind..U may wonder, wat kind of business kan??Jual nasi lemak pun bisness gak,bukak gerai jual rempah ratus, pun bisnes...or mebbe a service bisnes..Complain service..Kadangkala, kita nie takut nak komplain or even tak kuasa nak komplain bila kita ada masalah..Tak tau dengan sapa nak komplain..or watsoever..*Aper yg aku merepek nie eh*

Neway,tis incident may relate to wat I'm trying to tell u @ atas tu...Yesterday night, around 9pm,while waiting for my faverit programme, DIA, yg penuh dengan drama..*Ikut ala norfasarie ckp*, I heard noises dari bawah blk..Me jenguk @ tingkap..ada sekumpulan alien sedang berbicara dgn kuatnya! Tak pegi sekolah punya alien! Dia ingat blk nie, bapak tiri laki mak dia ada share ke aper! First few minutes, I can tolerate! But not until those noises bule buat Kinah tersentak! Kalau zaman 'baik' aku, dah lama aku lempar plastik air kat dorang!

Few minutes later, I called my 'bestfriend'..the police! I think I'm a bit too muchlah..Sampai kol polis..Tapi within 15mins...dah silent..Senyap terus..Malaikat dah kasi warning agaknya! Hahah..Mcm gitu jugak nak ajar alien nie sumer!

My hubby gave me the green light to do all sort of complaining but don't dare to get involve! Cheh!! Aku jugak jadi budak jahat!So how, nak buat aduan, anyone??

Monday, February 20, 2006

Satu hari di dalam bas!

One fine day...aku menaiki bas ke rumah nenek ayah..Perjalanan ke rumah nenek ayah sungguh jauh dan memenatkan. Tiada siapa pun didalam bas itu memberi belas kasihan kepadaku dengan memberi tempat duduk..Terpaksalah aku berpaut di handle bas seperti kawan-kawanku di zoo..
Image hosting by Photobucket
Iskh...Nie tak leh jadi nie..aku dah kepenatan..takde org nak kasi aku duduk!!
Image hosting by Photobucket
Aku nak MENGAMUK!!!!!!!!!!!!!!!OIT! ORG SUMER!! BANGUNLAH!! AKU KAN KECIK LAGIK!!CEPAT PENAT!! KASI AKU TEMPAT DUDUKLAH!!!
Image hosting by Photobucket
*Tapi takde sesiapa pun yg mendengar rintihan ku....*BEGINILAH NASIB, DIRIKU YANG MALANG...OH TUHAN!!

No title..

*Cepatlah ibu..lambat sangat nak kuar!! Kinah dah siap nie!!!*This gerl dah tak sabar nak kuar... Nak pegi jemputan pak pak bing bing...Last Sat, we went to Ct Masrina's wedding.. The last virgin in our group to get married!! Hahahaha...Neway, congrats to both of u...and welcome to the club!
Image hosting by Photobucket
Image hosting by PhotobucketThe perfect couple....

Presenting...

A new member in our family... Haziq Isyam..was born on Thursday, 16th February 2006 @ 1345hr, Mt Alvernia..Now my lil Kinah ada rival...
Image hosting by Photobucket

Image hosting by Photobucket

Monday, February 13, 2006

Weekend updates

SUNDAY


My 4th wedding anniversary fell on 3rd Feb 2006.  Gave hubby a pair of Levis jeans + neverending love..and wat I got in return? *Hugs hubby*...A beautiful bangle + cinta yg tak kehabisan..hehehe..Baru beli semalam..Thanks dearie..
Image hosting by Photobucket
*****************************************************************************


SATURDAY


Already planned to cook ala� org kahwin..Nasi jagung, sambal ayam, sayur chap chye..First attempt in tat nasi jagung..Siap beli rose water..benda-benda yg tak pernah aku gunakan sepanjang penglibatanku dalam masak memasak..hahaha..mcm real..But alhamdullilah...menjadi jugak..Actually shud go for dalcha..Tapi oleh kerana lum pandai lagik masak dalcha terpaksa substitute ngan Chap chye..Cin cai lah..


Image hosting by PhotobucketImage hosting by PhotobucketImage hosting by Photobucket
Dessert of the day..BUBUR KACANG DURIAN..Actually I don't fancy bubur kacang..but since hubby loves it, masakkan jer..
Image hosting by Photobucket
Felt tired after sessi masak memasak,wif Kinah around, I can't really concentrate well on the cooking..Just imagine, started preparing cum cooking kul 10am, and I'm done wif everything only @ 1pm..in between 3 kali kena tutup api juz becoz of Kinah..Though her ayah was around to play wif her, dia sibuk jugak nak masuk dapur..In the end,I've got no choice, but to put her to sleep..then continued wif my cooking..But no matter how tired I was, at the end of the day, tis lil gerl will cheer me up...
Image hosting by Photobucket




Friday, February 10, 2006

Hap day!

Alhamdullilah, managed to complete my puasa smlm..Since I was having a class yesterday, I cudnt get to break fast wif a proper meal..End up, minum Cheng teng courtesy of Sweet Talk and Dairy Milk chocolate courtesy of 7 Eleven, genap at 7.22pm...Yelah, takkan nak mencekik during class kan...I brought a chicken curry pie from Delifrance, thot can eat it during break @ 8.30..Unfortunately, I can't tahan oready..My hands are shivering..Kepala dah menoneng..I told my lecturer tat I have to make a move..Buatnya aku pengsan tengah jln,aniaya punya keje..

Reached home @ 9.30pm,my lovely hub 'tapau' bubur asyurah and murtabak for me, courtesy of mak..Mcm org tak mkn 10hari, i gobbled up everything..After shower and solat Isyak, I slept like a log..Kalau letak bom pun tak dengar!Seriously, I was dead tired!

So pple, I'm taking half day today, nak sambung tito..I need that good rest coz I'll be having a make up lesson in the evening..But b4 I landed to my Lala land, I must hang my laundry under the hot sun..Talking about drying my clothes..I feel like buying a dryerlah..It's all becoz of my stupid, unreasonable neigbours! Otak letak kat *tut*..

Let me recall this incident..It happened so many times actually..But I can still tolerate not until last week..My darah went up liao! I was hanging Kinah's clothes..I took tat opportunity coz I was on MC last friday and I definitely need to make full use of the hot sun..Anugerah Allah, takkan nak sia-siakan..Betul tak? Tapi ada sekumpulan hamlau nie, tinggal 2 tingkat atas my rumah,was so unreasonable..Kinah's clothes dah nak kering, wen I saw this water droplets dripping from a bermuda.

Apa lagi, sinsing lenganlah me, naik atas, tat was my second time telling that neighbour off. The 1st time I told her in a nice manner..the 2nd time, tot of telling them in a nice manner too, but...here's my conversation..

Me : Excuse me, did u hang ur clothes outside?
Him: OF Cozlah..Or else, how the clothes going to get dry!(In a sarcastic manner)
Me : Oh Great! I like ur answer! Both of us have the same reason! But how on earth my clothes gonna get dry if ur clothes are still dripping!
Him: Dripping mei?
Me : Go and see for yourself!
Him: Oh sorry..
Me : Pls be more considerate! (And I walked off)

Mangkuk ayun betul! These type of pple ought to stay in the jungle!!!

Thursday, February 09, 2006

Selamat Menyambut Hari Asyura..

14 Perkara Yang Sunat Dilakukan Pada Hari Asyura (10 Muharram)
bersamaan Khamis, Feb 9, 2006

1. Melapangkan masa / belanja anak isteri
fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin
fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

3. Menahan marah
fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha.

4. Menunjukkan orang sesat
fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.

6. Bersedekah
fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri
fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8. Mandi Sunat
fadhilat - Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu lafaz niat : "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala"

9. Bercelak
fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun! itu.

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti.

11. Sembahyang sunat empat rakaat
fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. lafaz niat : "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala" Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.

12. Membaca
"hasbiyallahhu wani'mal w! akil wa ni'mal maula wa ni'mannasiiru"
fadhilat - Tidak mati pada tahun in

13. Menjamu orang berbuka puasa
fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

14. Puasa Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala"
fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.
Semoga Bermanfaat Dan Dapat Dipanjangkan Kepada Yang Lain-Lain. Dan semoga segala amalan kita diberkati Allah..Insyallah.

Tuesday, February 07, 2006

OH JB!!

Got this from a friend..It's a true story,I guess..

Ini adalah cerita yang benar dan berlaku pada hari minggu yang lalu. Ceritakanlah pada semua sahabat handai, saudara mara anda yang gemar pergi ke JOHOR BAHRU.

Setelah membaca akhbar bahawa POLIS MALAYSIA akan mempertingkatkan penjagaan mereka di sekitar Wong Ah Fook dan memberitahu bahawa keselamatan warga Singapura terjamin, saya rasa lega dan lebih semangat untuk pergi ke sana. Saya dan suami memang gemar pergi ke sana untuk mengisi minyak dan makan di lorong sebelah City Square sana. Ikan bakar nya sangat power.

Jadi pada hujung minggu yang lalu, hari raya Cina yang pertama, saya dan suami masuk ke JB. Kami pergi ke Kota Raya dan Extra dulu untuk membeli belah. Selepas itu, kami park di carpark awan di belakang Lorong Wong Ah Fook, dekat dengan balai polis untuk berjalan kaki untuk pergi makan ikan bakar. Waktu tu barulah pukul 6.20 petang. Tetapi hari itu hati saya memang sungguh berat. Selepas makan, kami pun jalan di lorong itu untuk mengambil kereta. Tiba-tiba, kami di tahan oleh lima
jejaka. Mat mat lepak yang terhoyong hayang dari segi percakapan mereka. Mereka cakap suami saya telah memotong mereka di jalan raya dan mereka mula memaki hamun. Mereka cakap mereka mengekori kami dari Kota Raya dan mereka tahu mana kita pergi.
Cakap orang Singapura suka act bagus dan mereka akan kasi terbagus untuk saya.
Dan mereka berlima pun ketawa.Tarik saya dan suami suruh kami ikut. Suami saya pun minta maaf dan suruh mereka lepaskan saya. Cakap nak buat apa dengan dia buatlah tapi tolong lepaskan saya. Yang satu cakap, saya yang ada apa yang mereka nak dan ketawa. Mereka suruh kami jangan cakap banyak. Suami saya seorang dan mereka lima orang. Tidak akan dapat menewaskan mereka.Saya minta tolong dan ampun pada mereka tapi mereka tetap heret kami ke belakang. Yang satu sempat pegang bontot saya dan kata kepada kawannya - boleh tahan, MAMPAT.

Yang sungguh memeranjatkan, tidak ada sesiapa yang datang menolong kami. Passerby dan orang yang duduk di kedai kopi semuanya buat hal masing-masing. Even orang-orang kedai pun tak pedulikan. Jenguk lepas tu masuk balik.Seperti tidak apa-apa yang terjadi. Tidakkah mereka rasa simpati dan terfikir kalau lah saya ni anak mereka, apa perasaan mereka? Waktu itu saya tahu, mereka tidak akan datang membantu kita
org Singapura. Hari itulah saya tahu apa ertinya TAKUT. Saat itu, saya berkata
dalam hati saya dan berdoa, YA ALLAH, AKU RELA MATI DARI DIPERKOSA OLEH
BINATANG-BINATANG INI. KAU TUNJUK LAH KEKUASAAN MU. DIRI AKU INI HANYALAH MILIK SUAMIKU. Air mata saya ni berlinangan.Saya serahkan pada Allah. Saya tahu jika apa-apa jadi pada suami saya, tak tak rela hidup dan jika saya diperkosa di hadapan suami lebih baik saya mati.

Tiba-tiba di belakang kami, 4 pemuda lari dan menunjukkan card dan pekik CID. Jejaka itu terus meninggalkan kami dan lari. Saya bersyukur tidak terkata. Rupanya 4 orang pemuda itu adalah warga SINGAPURA. Orang kita sendiri yang sanggup menolong. Dengan tidak sengaja saya tertinggal HP saya di atas meja apabila makan. Dan mereka duduk di belakang kami nampak dan kejar untuk kasi balik dan ternampak kami di heret. Oleh kerana satu daripada mereka, abang Man seorang ex CID Officer, dan yang lagi
satu abang Tahir bouncer mereka cepat2 membuat keputusan untuk act jadi CID untuk menyelamatkan kami dengan cara begini. Dan kad yang mereka tunjukkan actually adalah driving licensce. Tuhan itu maha penyayang dan maha kuasa. Dengar rayuan insannya yang minta pertolongan. Saya kesal kalau sebelum ini saya dan suami kadang kala lupakannya malah apabila kami dalam kesusahan, dialah yang menyahut pertolongan kami.

Kami ketakutan dan minta mereka ikut kami sampai ke kereta. Suami saya sampai tak boleh drive dan mujurlah Abang Ray -seorang lagi - juruh latih silat tolong drivekan kami sampai masuk ke Singapura dan seorang lagi abang Fid naik kereta kami kerana kami masih dalam keadaan takut. Saya nangis dan minta tolong abang Man mengikut kita
dari belakang. Takut-takut ada yang mengekori kami. Pertama kali, saya lihat suami saya nangis kerana kesyukuran dan takut kehilangan saya tadi. Ini membuat kami sangat menghargai satu sama lain.Mereka faham dan ikut kami sampailah ke rumah kami di Commonwealth.

Saya, suami dan seluruh anggota keluarga sangat bersyukur dan menghargai pertolongan empat abang ini yang tidak mahu apa-apa pembalasan. Mereka ikhlas menolong. Jika tidak kerana mereka tidak tahu apa yang terjadi pada nasib kami berdua. Saya rasa, saya takkan masuk berdua sahaja buat masa ini dan pergi makan di sana lagi. Ini adalah sejarah pahit dalam hidup saya. Saya rasa jalan sana masih tak selamat untuk kita Warga Singapura. Berhati-hatilah kalau ke sana. Pergi in a big group dan jangan sekali keseorangan atau berduaan sahaja. Mereka tak kira sama ada si wanita ini adalah isteri orang and tak kira sama ada cantik, buruk gemuk atau kurus.
Semoga Allah sahaja yang dapat membalas budi baik abang-abang itu
dan harapan saya agar 5 pemuda itu akan diberkas untuk selamanya.

Sekian wasalammualaikum.

So, the moral of the story, hmm..tak leh masuk JB ke??

Thursday, February 02, 2006

Virus is all around...

I'm falling sick..The symptoms sudah mari...Sore throat..throbbing head, leaking nose wif all those mucus..The phlegm in my throat causing me to produce all sorts of funny noises.."kharkk kharkkk..ptuiii.."I think my throat is bleeding..bule rasa darah seh..oh oh..adakah aku akan menjadi raja bersiong..hahah...merepek seh..

Shud I see my dearly 'godfather' for medication (looked @ my 'clean' desk)...*Sigh*..

Wednesday, February 01, 2006

A new ME...

I'm truly, madly heppi..Heppi to achieve 1 of my goal..my 2006 resolution..which is...losing weight..I'm hepi to announce that I've lost 7kgs in 1mth..and surprisingly I cud fit into 1 of my new pair of jeans which I've bought it 2yrs ago @ KL..Tak pernah pakai..Terperuk jer @ wardrobe..Kebetulan,tgh bersiap nak pegi Harbour Front..and I saw this poor jeans terperuk di ceruk kerobok..tried..and "YESSSSSS!!! Great!! But I can't stop @ losing only 7kgs..Must get rid of these unwanted 'babats'..Damnit..

Wen to HF smlm,wah!!Sungguh berubah..No longer see my faverit hangout masa zaman remaja dulu..hahahaha..Very jakun..Then we headed to Bedok..for our lunch..According to my bro, tat makan place is so popular..It's not the simpang Bedok..But it's @ the Bedok Wet Market..Ordered satay,so syiok..ordered nasi pattaya 4 hubby..Nasi goreng seafood for myself,mee goreng kerang for bro..Sampailah satay 30 cucuk dah abis..and satu pinggan goreng pisang dah licin, the rest of the food tak kunjung tiba...As u noe, an angry man is a hungry man,correct me if I'm wrong..kepala gua dah nak loktang..ditambah pulak dengan loktang abang aku..I told my bro to start the car and drove off! Nasi tu sumer kalau dah siap, korang mkn anak beranak...Wat a service! Nasib baik I've paid for everything tat we've consumed..except for the food yg tak sampai..

My mum wanted to try the power nasi briani (as seen in the papers)..Depan masjid Darul Aman..My mum bought 1 packet for each of us..total of 8 pkts..Oh nope..only 7..coz I shared wif hubby..even though I shared wif him, I'm still feeling guilty..I've already lost 7kg..I can't afford to gain 1kg..No..not at all..hahahah...sungguh bersemangat azam ku ini..hahaha..

Oklah pple..got work to do..I'm left alone in the ofis..*sigh*